Terdapat 2 kaedah pengeluaran di platform kami:
- Pengeluaran aset Kripto
- Pengeluaran menggunakan Bank Tempatan: Pengeluaran MYR ke dalam akaun bank tempatan anda.
Pengeluaran aset Kripto
1.Navvigasi ke Wallet ➡️ Withdrawals.
2. Pilih aset kripto yang ingin anda pindahkan.
3. Masukkan alamat dompet penerima
4. Masukkan jumlah yang ingin anda pindahkan.
5. Masukkan OTP untuk pengesahan, yang akan dihantar ke alamat emel berdaftar anda.
6. Tandakan ✔️ pada kotak kecil untuk mengesahkan bahawa anda telah membaca dan menerima terma dan syarat.
7. Klik Submit untuk melengkapkan proses.
Pengeluaran menggunakan Bank Tempatan
Ikuti langkah-langkah berikut untuk mengeluarkan dana fiat dari akaun Sinegy anda ke akaun bank tempatan:
1. Navigasi ke Wallet ➡️ Withdrawals.
2. Pilih Malaysian Ringgit(MYR)
3. Pilih kaedah pengeluaran anda ➡️ Bank Transfer.
4.Jika akaun bank anda belum didaftarkan, tambahkan akaun bank anda.
5. Masukkan jumlah yang ingin anda keluarkan.
6. Klik Submit.
Peringatan :
Pengeluaran diproses hanya pada hari bekerja, kecuali hujung minggu dan cuti umum.
Masa pemprosesan berbeza mengikut bank; sesetengah bank mungkin menyelesaikan pembayaran dalam beberapa jam, sementara yang lain mungkin mengambil masa hingga dua hari bekerja. Malangnya, masa ini berada di luar kawalan kami.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.