Perintah Henti Had (Stop Limit Order) membolehkan anda menetapkan syarat untuk membeli atau menjual aset digital BTC sebagai contoh berdasarkan pergerakan harga. Ia seperti menggabungkan perintah henti(Stop Order) dan perintah had (Limit Order) untuk memberi anda lebih kawalan.
Contoh: Bayangkan BTC kini berada pada MYR 130,000. Anda merasakan jika ia mencapai MYR 135,000, ia boleh terus naik, jadi anda ingin membeli pada tahap itu—tetapi anda hanya ingin mendapatkannya pada MYR 136,000 atau lebih rendah.
Berikut adalah cara anda menetapkannya:
- Harga Henti (Stop Price): MYR 135,000 (harga yang "mengaktifkan" pesanan anda).
- Harga Had (Limit Price): MYR 136,000 (harga maksimum yang anda sanggup bayar)
Jika BTC mencapai MYR 135,000, harga henti (Stop Price) akan mengaktifkan pesanan anda, tetapi ia hanya akan dilaksanakan jika ia boleh dilakukan pada harga MYR 136,000 atau lebih rendah. Jika BTC terus melompat melebihi MYR 136,000 dengan pantas, pesanan anda tidak akan dilaksanakan.
Perintah Had Henti (Stop Limit) sangat berguna untuk menguruskan risiko dan mengawal harga yang anda bayar, tetapi ada kemungkinan ia tidak dilaksanakan jika harga bergerak terlalu pantas melepasi had yang ditetapkan.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.